
Oukeyh skang cter yg tgh meletop kt wyg mestilah cter KONGSI. Tp kt Malaysia jela. Kalo kt Us cter Thor kalo x silap kite. Kite tgok cter ni ahd mlm 15 Mei. Nk tgk 12 Mei mesti penoh punyer punyekan So kte enjoy tgok ahd mlm time x ramai org sbb ecoknye ari keje org nk rest. Haha..
Eh nk review ke nk membebel aku ni..? haha.. Erm, alrite bg kte cter ni 4 star la.. Mane ilang lg 1 bintang tue?? Erm kurang 1 bintang sbb cter ni kurang lawak kalo nk bandingkan ngn citer Adnan Sempit tuh & ending dia pown kureng best. Huhu.. x seswai la si Tumulak terpacak kt lumpur sg tue.. igt ikan todak ke bleh pacak2.. haha.. ke sbb rambut dia yg terpacak membuatkan dia terbenam kt lumpur tue. Oh yea lupe nk mention. Tumulak tue nama watak Shaheizy Sam yg kte dh terminat tue sejak tgk Adnan Sempit.. :) But, kte suke la mase aksi kejar mengejar polis ngn Tumulak tue. Even nmpk x real tp suke sgt gelagat 'dia' menganjing polis tue. Habes barai kte polis dia langgar. Huhu.. Pape pon, Sam patot dipuji krn berjaya membawa pelbagai watak termasuk ganas, lucu, nerd & mcm2 lg lah. X heran ramai pengundi yg undi beliau utk Artis faling fofular BH 2010. Tahniah abg Sam!
Ok, semoga cter Kongsi ni bleh pecah rekod Ngangkung yg mdpt kutipan 8 or 9 juta lebih tue. Dengar cter David Teo meletakkan anggaran 10 juta yer utk cter ni? Dapatkah cter Kongsi ni mengatasi rekod sebelum ni sama2 kita tggu & lihat yaw...
KONGSI merupakan sebuah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap yang terdiri dari tiga kaum utama, Melayu, Cina dan India ini menjadi huru hara dengan kematian seorang demi seorang ahlinya. Pergaduhan besar hampir berlaku kerana mereka saling tuduh menuduh antara satu sama lain apabila berlaku pembunuhan.
Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Olla (Yana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana pembunuh tersebut licik dan bergerak sendirian. Penyisatan ASP Sharif akhirnya berjaya menjejak kehadiran seorang pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa dan aksi berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap tersebut.
Namun, segala ancaman yang dilakukan oleh Tumulak adalah didalangi oleh Kimpedu (Bront Palarae). Kimpedu mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur.
ASP Sharif yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya itu. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ianya tidak mematahkan semangat ASP Shariff dalam menjalankan tugasnya.
Adakah ASP Shariff mampu mematahkan usaha Tumulak sekali gus melumpuhkan aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur? Saksikan KONGSI di pawagam sekarang..
Trailer Kongsi
